Tuesday, 25 April 2017

TERBONGKAR! Akhirnya 'Raja Bomoh' Mengaku Berbohong Selama Ini, Katanya Dia Diarahkan Oleh Individu Tertentu Tanpa Bayaran


KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi.

Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370.

Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya.

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.

Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. - Berita Harian Online




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pgxZIX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pduTTQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com