Apa yang paling ingin dielakkan bagi mereka yang menyewa rumah ialah mendapat penyewa yang tidak menjaga rumah dengan sebaiknya. Perkara seperti ini banyak kali berlaku.
Seorang pengguna Facebook, Jack Izumi Gfg, terkejut mendapati rumah yang disewakannya kepada beberapa orang pelajar perempuan Politeknik Merlimau di Melaka.
Bagus sangat perempuan menyewa rumah macam ini. Selama ini fikir tak nak sewakan dekat lelaki sebab takut rumah rosak, sekarang ini pun perangai macam haram.
Duit umah sewa empat bulan tak bayar lepas tu terus cabut lari. Korang ni student, rasa-rasa perangai macam haram jadah macam ini memang mendapatlah. Tunggu sat lagi aku korek details sorang-sorang.
Jack turut mengongsikan gambar-gambar keadaan rumahnya. Bukan saja dapur ditinggalkan dalam keadaan kotor dan berselerak, malah bekas penyewa rumahnya turut meninggalkan ‘hasil seni’di dinding dan tiang rumahnya.
Kebanyakan Netizen mengecam pelajar-pelajar itu kerana bersikap pengotor dan kurang ajar. Ada juga yang mempersoalkan mengenai kebanyakan tuan rumah sewa yang lebih gemar menyewakan rumah kepada perempuan kerana kononnya lebih pembersih dari lelaki, namun kejadian seperti ini membuktikan sesetengah perempuan juga sama atau mungkin lebih teruk tahap pengotornya berbanding lelaki.
Ada juga yang menggalakkan Jack mendedahkan gambar dan butiran mengenai pelajar-pelajar itu di media sosial.
Setakat ini perkongsian Jack mendapat 1,100 likes, lebih 700 shares dan lebih 1,000 komen.
Sumber : Amazingnara
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ptSuCI
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2q8fDaj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com