Monday, 24 April 2017

Seorang Anak Sanggup Membiarkan Ibunya Menangis Di Pintu Pagar Rumah. Kejadian Ini Buat Ramai Orang MARAH !!!

Gambar hiasan

Benarlah kata pepatah seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga ibu atau bapa mereka.

Seorang lelaki tanpa rasa belas kasihan telah memaksa ibunya yang berusia 82 tahun untuk tinggal di luar rumah selama tiga hari setelah mereka bertingkah soal kos penjagaan wanita tua itu.

Dengan bantuan isteri dan anaknya, lelaki tersebut telah menghalau ibunya keluar dari rumah setelah wanita itu berkeras untuk tidak memberikan wang persaraannya yang berjumlah 400 yuan (RM250). 

Disebabkan wanita tua itu tidak mampu bergerak sendiri, dia dibiarkan menangis di hadapan pintu pagar rumah anaknya sehingga beberapa orang daripada ahli parti komunis datang memberi bantuan. Sampai hati!

Menurut Yangzhou Television, perempuan tua itu mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang perempuan. Selepas kematian suaminya 18 tahun lalu, dia bergilir-gilir tinggal di rumah dua orang anak lelakinya. Semasa kejadian ini berlaku, wanita tersebut tinggal bersama anak lelaki bongsu.

Pertelingkahan di antara anak-anaknya berpunca daripada sikap si adik yang tidak berpuas hati dengan wang yang diberikan oleh abang dan kakaknya. Dia juga bimbang jikalau ibunya tiba-tiba meninggal dunia di rumahnya dan dia pula harus menanggung segala kos perbelanjaan pengebumian wanita tersebut.


Walaupun beberapa orang jiran cuba memujuk wanita itu untuk tinggal di tempat lain, ibu tua tersebut menolak dengan mengatakan dia sanggup mati di hadapan pintu rumah anaknya dari berpindah ke tempat lain. Tragis betul!

Pun begitu, anak bongsu wanita itu akhirnya membenarkan ibunya tinggal di rumah semula setelah berbincang dengan adik-beradiknya yang lain.

Insiden yang berlaku di perkampungan Yizheng ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap masyarakat setempat yang sedia maklum akan kes penderaan terhadap warga tua yang kian menjadi-jadi di China. Sebilangan daripada golongan tua ini juga pernah dilaporkan tinggal di bawah tangga dan koridor apartmen, malah ada yang dirantai dan dikuncikan di dalam kandang khinzir oleh kerana mereka menghidapi penyakit Alzheimer.

Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Jangan jadi anak derhaka.


Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pZHfSs
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pZIa5f
via MerahHatiCintaku.blogspot.com