Friday, 7 April 2017

Ghazal@Muar – Karnival kesenian dan kebudayaan Melayu

Assalamualaikum dan Salam Digital,

harini tim Denaihati bermusafir ke Muar, Johor untuk melihat sendiri kemeriahan karnival Ghazal@Muar yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari esok, Sabtu 8 April 2017. Karnival ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) peringkat negeri Johor.

ghazal@muar di dataran tanjung emas muar

Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung. Antara aktiviti utama adalah seperti butiran berikut

antara aktiviti diadakan pada hari jumaat

Sepanjang hari ini, berlangsung banyak aktiviti di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor ini. Pelbagai gerai menjual pakaian, makanan, kasut, hasil seni, buah-buahan dan pelbagai lagi turut berada dalam karnival kali ini. Untuk kanak-kanak, ada juga tapak permainan yang disediakan.

Memang meriah suasana di Dataran Tanjung Emas. Para tetamu turut dapat menikmati persembahan ghazal daripada kumpulan kesenian yang mendendangkan pelbagai jenis lagu dan irama ghazal. Memang menyeronokkan.

dam haji gergasi di ghazal@muar

dam haji gergasi di ghazal@muar

pelbagai jenis gambus di tapak pameran

pelbagai jenis gambus di tapak pameran

alat-alat muzik yang digunakan untuk seni ghazal

alat-alat muzik yang digunakan untuk seni ghazal

Kepada semua yang berada di sekitar daerah Muar, jemput untuk hadir pada hari esok, Sabtu 8hb April. Acara akan bermula pada jam 8.00 pagi. Boleh bawa keluarga anda bersama-sama untuk pelbagai aktiviti yang disediakan.

antara aktiviti dijalankan pada hari sabtu



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2oR3vKO
via Denaihati.com