Sunday, 23 April 2017

Ketagihan Syabu Punca Ramai Remaja Zaman Sekarang Gila Seks..


Jika ada rakan atau orang-orang di sekeliling anda yang mengatakan bahawa ada barang bagus, tiada kesan sampingan dan seronok untuk dilakukan?

Janganlah percaya, zaman ini ramai yang tersilap langkah menjadi penghidap dadah, dan salah satunya adalah syabu jenis methamphetamine yang bentuknya seperti gula kristal, tidak berwarna dan berbau, dia termasuk dalam senarai raja dadah, iaitu dadah yang sangat berbahaya.

Ramai artis yang menjadi korban jenis syabu ini. Jauhilah bahaya ketagihan dadah kerana hidup anda terlalu berharga untuk hancur kerana ubatan terlarang.

Lihat perbandingan sebelum dan sesudah mengambil dadah di bawah ini.


Ada seorang pakar di bidang ini mengatakan bahawa abad ke 21 merupakan abad yang sangat berbahaya, jika ada 1 orang yang menggunakan dadah, kawan-kawan atau orang di sekitar turut terlibat, dan peredarannya sangat cepat. Angka yang mengejutkan telah muncul dari beberapa negara maju, Tokyo 82.1%, dan sudah hampir 70,000 mangsa daripada dadah dan 72% merupakan korban dari syabu jenis methamphetamine. Satu angka yang sangat menakutkan bukan!

Syabu sangat mudah dihasilkan, keras dan boleh membantu dalam berhubungan seksual. Kesan sampingan daripada ubat ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap saraf dan kerosakan otak. Pengguna syabu akan selalu bergantung pada dadah itu dan akan terus bergantung lama, malah boleh menyebabkan sakit jantung atau kematian. Selain itu juga membuat wajah pengguna menjadi rosak. Bahan mentah dari dadah ini adalah iodin dan fosforus merah yang menjadi sebatian Hydriodic.

Cara pembuatannya sangat mudah dengan bahan yang juga boleh didapati dengan mudah. Hampir separuh daripada pengguna dadah yang menjadi mangsa adalah wanita.

Ada seseorang pengguna syabu ini yang merupakan wanita malam, mengatakan kesan methamphetamine ini sangatlah terasa, sebelum menggunakan, dia akan rasa bimbang dan sangat kisah dengan fizikal tetamu yang akan dilayaninya, tetapi setelah menggunakan syabu, dia rasa sangat ghairah dan perkara yang difikirannya sudah hilang tak terfikirkan lagi.

Penggunaan syabu memang boleh merangsang psikologi seseorang, aktiviti seksual boleh meningkat. Memang cara ini adalah cara yang cepat, namun secara berlebihan pasti boleh menimbulkan kesan sampingan.

Risiko paling mahal adalah timbulnya gangguan saraf. Ini terjadi kerana penggunaan dadah memberi kesan kepada sistem saraf limbik (sistem saraf pusat), tempat segala aktiviti manusia berpusat. Mulai dari kemampuan kognitif (kebolehan untuk berfikir), afektif (berkaitan dengan emosi dan perasaan) dan motor (kemampuan untuk bergerak), semua dipengaruhi oleh sistem limbik.

Bahan dadah ini memberi kesan kepada sistem rangkaian hipotallamus, sehingga seseorang yang menggunakannya boleh menjadi lebih gembira. Setelah dimakan secara berterusan, pengguna akan rasa kebal dan dos yang dulunya digunakan akan ditambah lagi, menjadinya satu ketagihan. Setelah tahap ini, kesan yang akan berlaku adalah kerosakan sistem saraf dan parahnya boleh menyebabkan kematian.

Jangan sia-siakan kehidupan yang hanya sekali saja, guys!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oCfYRk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oWKA3c
via MerahHatiCintaku.blogspot.com