Saturday, 22 April 2017

Mesti Anda Tertanya-Tanya, Kenapa Gadis YAHUDI Cantik-Cantik Belaka??


Tersebar satu tulisan di media sosial bahawa anak gadis dan wanita Yahudi berlengan cantik tanpa parut akibat vaksin BCG. Begitu juga dimomokkan dengan penggunaan flourida, vaksin, panadol adalah agenda yahudi bernama Rockefeller. Orang Yahudi juga terlalu hebat, sihat dan bijak, tiada demam kerana menolak pengambilan ubatan kimia ini seperti vaksin dan pelbagai ubatan lain yang telah diagendakan merosakkan ummat.

Lebih terkejut dari tulisan itu bahawa orang yahudi tidak merokok, sehinggakan mereka menghalau para perokok hidup dalam rumah mereka. Di akhir tulisan tersebut menyarankan agar hanya mengambil makanan sunnah seperti madu, habbatussauda dan lain-lain kerana makanan sunnahlah ‘vaksin’ yang sebenar sepertimana disaran oleh Rasulullah SAW. Orang Yahudi sihat, hebat dan cerdik kerana memakan makanan sunnah.

Tulisan berkenaan katanya dipetik dari seorang bekas tentera udara US yang mengetahui rahsia tipu daya Freemason yang dipelopori Yahudi.

Ulasan saya

Logiknya dari tulisan berkenaan, sesiapa yang MENOLAK VAKSIN adalah pengikut para Yahudi, sebab Yahudi juga menolak dan tidak memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Logiknya juga sesiapa yang TIDAK menghisap rokok adalah mengikut sunnah Yahudi yang menjadikan rokok sebagai agenda merosakkan ummat.

Logiknya juga orang-orang yahudi lebih memahami sunnah Rasulullah SAW kerana pemakanan mereka berasaskan sunnah.

Namun perkataan LOGIK tersebut hanya andaian semata-mata, bukan berdasarkan fakta yang sebenar.

Hakikat sebenarnya, negara Israel sendiri memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. Jika vaksin itu satu konspirasi jahat untuk melemahkan ummat, kenapa mereka pun cucuk anak-anak mereka? Pemberian vaksin sebenarnya melepasi sempadan konspirasi yang sengaja direka-reka, tetapi ianya penting bagi menyelamatkan umat manusia dari terus dihinggapi penyakit berbahaya. Boleh lihat sendiri jadual vaksin kepada anak-anak Yahudi.[1] Bukan sedikit malah 13 jenis vaksin yang diwajibkan cucuk berbanding dengan pemberian vaksin kepada bayi dalam negara Malaysia sebanyak 10 jenis.

Memang benar vaksin BCG sudah tidak diberikan dalam negara maju seperti Israel dan Eropah. Ini kerana jangkitan penyakit berjangkit Tuberkulosis (TB) Selaput otak sudah pupus di negara-negara berkenaan. Sudah menjadi ketidakperluan lagi vaksin BCG diberikan. Ianya sama status dengan vaksin cacar (smallpox), sudah pupus seluruh dunia, justeru pemberian vaksin cacar diberhentikan pada tahun 1979.
.
Hakikatnya juga parut dilengan anak gadis dan wanita bukan akibat BCG semata-mata. Tetapi parut juga mungkin terbentuk dari pemberian vaksin Hepatitis B. Siapa kata anak gadis Yahudi tidak berparut? Lagipun tempat cucuk vaksin adalah di bahu lengan atau punggung. Anak gadis muslimah kita tidak sesekali mendedahkan aurat hingga nampak pangkal lengan atau punggung. Itu bohsia namanya.

Hakikatnya juga penulisan Jerry D Gray tersebut, saya perhatikan teramat mengagung-agungkan Yahudi dan barat. Seolah-olah umat Islam lemah dan terbelenggu dengan permainan mereka. Sehingga timbul beberapa teori konspirasi yang direka-reka. Yahudi cerdik, kita (umat Islam) bodoh. Yahudi kuat, kita lemah. Itu sahaja kesimpulan yang dapat dibaca.

Yahudi menolak rokok, kita perokok. Hakikat sebenarnya negara Israel juga bergelut dengan jumlah perokok yang ramai. Sebanyak 426 juta kotak rokok dijual di Israel.[2] Pelbagai usaha dijalankan oleh mereka untuk membanteras gejala ketagihan rokok dikalangan rakyat.

Semoga pencerahan ini memberi manfaat kepada kita dalam menilai sesuatu tulisan itu samada fakta atau auta. Kita sebagai umat sentiasa terjerumus dalam kancah konflik pemikiran yang menyebabkan tidak dapat menilai antara permata atau batu.

Ambillah sesuatu itu dari sumber yang ahli serta berwibawa.

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pS6RAp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pSpsfY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com