Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Syukur ALLAH panjangkan usia kita bertemu dengan 1 Ramadan 1438H. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman berniaga di bulan Ramadan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai suka berniaga di bulan Ramadan, yang sudah biasa berniaga sambung berniaga itu biasa dan tidak kurang ramai juga yang tidak berniaga pada sebelas bulan tapi nak berniaga pada bulan Ramadan. Ada juga peniaga yang berniaga sebelas bulan dan bercuti sebulan pada bulan Ramadan.
Kali ini nak kongsi kisah benar Abang berniaga pada bulan Ramadan. Semangat nak berniaga sebab kawan-kawan kata boleh untung besar tapi mereka tidak pernah kongsi kisah susah berniaga di bulan Ramadan.
Inilah kisah Abang berniaga di bulan Ramadan yang boleh dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang ada hati nak berbisnis di bulan Ramadan.
Jual kuih raya tart nenas
Kisah yang tak boleh lupa apabila seorang teman kepada teman pesan tart nenas tak ingat berapa ribu balang tapi hantar pakai lori 1 tan. Setelah dia bayar deposit 50%. maka team Abang hantar biskut tart nenas yang dipesan ke sebuah stor di Nilai 3. Sahabat itu terima semua balang tart nenas pada keadaan baik, tiada yang pecah. Katanya nak kirim kepada pelanggannya di Kuching.
Selepas beberapa hari kami tuntut bayaran baki 50% tapi dia tak nak bayar sebab tart nenas yang dihantar banyak yang hancur bila sampai pada pelanggan di Kuching. Abang kata itu bukan salah kami sebab tugasan kami menghantar kepada beliau di Nilai sudah sempurna dalam keadaan yang baik.
Sampai hari ini dia dia buat bodoh dan tak bayar baki 50%, nasib baiklah Abang minta deposit 50% jadi boleh guna untuk bayar kepad pembekal. Abang tak untung tapi tidaklah rugi duit, cuma rugi tenaga dan masa, mesti kawan yang tak bayar sekarang sudah jadi jutawan.
Jual dodol di bazar Ramadan jalan Tunku Abdul Rahman
Ini satu lagi kisah yang tak boleh dilupakan. Sahabat Abang dapat sewa sebuat gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk jualan Bazar Ramadhan. Dia berniaga jual tudung tapi bisnis lansung tak jalan sebab terlalu ramai perniaga yang menjual tudung dan pakaian, jadi Abang cadangkan dia menjual berbagai jenis dodol. Dia setuju dan Abang jadilah pembekal sebab kawan baik Abang di Melaka memang buat dodol.
Semua jenis dodol ada di gerai antaranya dodol kelapa, dodol pandan dan dodol durian dengan berbagai packaging ada yang sekilo, setengah kilo, dodol bungkus kecil 5 gm dan juga dodol bungkus upih serta dodol bungkus mengkuang. Wajik sirat pun ada. Memang unik sebab tiada gerai yang menjual khusus dodol. Alhamdulillah bisnis terjual laris, bolehlah senyum kawan Abang.
Selang tiga empat hari Abang akan tambah stok. Kawan Abang ini kurang modal jadi Abang bagi stok dulu, bila dah terjual guna hasil jaulan untuk beli stok baru. Stok terakhir Abang hantar sehari sebelum hari raya dan itulah kali terakhir Abang berjumpa dengan kawan itu. Dah 10 tahun entah kemana bawa duit Rm5K hasil jualan terakhir yang sepatut modal yang dia pinjam daripada Abang.
Mungkin dia dah jadi jutawan sekarang tetapi nilai persahabatan dia dengan Abang hanya RM5 ribu.
Jual biskut almond london dan tart nenas
Kawan sekolah adik Abang pesan biskut tart nenas dan almond london tak ingat berapa ribu balang untuk dijual kepada kawan-kawan kilang. Oleh kerana kawan sekolah yang sangat rapat jadi adik Abang tak minta sesen pun deposit walaupun nilai pesanan beratus ribu, percaya punya pasal.
Dua minggu sebelum raya dia batalkan order dengan selamba setelah beribu balang sudah siap untuk di hantar. Terpaksalah Abang bantu adik Abang menjual biskut-biskut yang sudah dihantar oleh pembekal. Kami jual di Parit Raja, Sungai Besi dan Kompleks PKNS Shah Alam. Dua kali musim raya baru habis jual beribu balang biskut raya. Sampai sekarang tengok biskut tart nenas dan almond london yang dulu punyalah feberet tapi kini dah tak ada selera.
Kisah tidak habis begitu sahaja, pembekal biskut kejar adik Abang berbulan-bulan nak kan duit bayaran yang dijanjikan sehingga ugut nak culik anak. Semuga sahabat adik Abang itu sudah menjadi jutawan sekarang.
Tips berniaga dalam bulan Ramadan
Bukan senang nak jadi senang, semua pengalaman ini menjadikan Abang lebih tabah untuk berniaga. Berniaga bukan sahaja bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain pun boleh untung berganda-ganda apabila dibuat dengan cara yang betul dan jujur. Menipu dalam perniagaan boleh untung sekejap tetapi untuk jangka masa panjang pasti rugi lebih berganda sebab kita sudah tidak dipercayai.
Pengajarannya apabila berniaga di bulan Ramadan mesti ambil deposit apabila kawan-kawan pesan banyak sebab kawan-kawan kita belum tentu mulia seperti mulianya bulan Ramadan.
Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman berniaga di bulan Ramadan yang boleh dikongsikan dengan kami semua.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
(jangan lupa klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2r8GR4m
via Denaihati.com