Monday, 29 May 2017

Santai Bersama Adi Putra di DKayangan Steamboat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

ramai yang ternanti-nantikan kisah jejaka Malaya yang terkenal dengan beberapa buah filem dan drama. Mohamed Hadi Putera Ahalim yang lebih dikenali dengan nama Adi Putra, meluangkan masa bersama rakan blogger dan sudah tentu peminat-peminatnya yang menggelarkan ‘Hotlovers’.

Pada 22 Mei yang lalu, terlah berlangsung satu majlis ‘Santai Bersama Adi Putra’ yang bertempat di D’Kayangan Steamboat, Seksyen 13 Alam.

Terima kasih kepada semua penaja dan penganjur

Pada mulanya cadangan asal adalah hanya sesi minum petang dengan dua jenis kuih dan teh o panas, namun jadual beliau agak padat dengan penggambaran. Terima kasih kepada DKayangan Steamboat yang sudi menaja lokasi dan menghidangkan makanan kepada semua tetamu. Sudah tentu lokasi yang cukup menarik untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.

Begitu juga dengan Tuan Haji Anuar Hassan yang menaja Bio Life Drop untuk semua yang hadir.

Majlis dimulakan dengan kata aluan pengerusi majlis dan bacaan doa. Kemudian wakil peminat Adi Putra memberikan ucapan ringkas yang memberikan semangat semula untuk bersama-sama dalam majlis perjumpaan. Rakan-rakan blogger juga turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan suasana makan malam.

Ucapan daripada Tn Hj Anuar Hassan

Tuan Haji Anuar juga memberikan ucapan ringkas pada malam tersebut. Bio Life Drop, satu produk suplimen yang perlu ada pada setiap orang. Rahsia penyembuhan melalui sunnah yang mengandungi pelbagai khasiat dan bahan seperti mineral unza, daun cypress, amber dan kayu cypress. Bio Life Drop akan dijual kepada orang ramai di denaisell.com .

Adi Putra juga tidak melepaskan peluang untuk bersantai bersama peminat-peminatnya dan rakan blogger. Sedikit sebanyak terubat kerinduan kelihatan di wajah-wajah peminatnya. Slot Azalea TV9 bermula pada 2 Jun 2017 jam 8.30malam akan menampilkan Adi Putra dalam My Sweet Lavender.

Ucapan daripada Adi Putra

Bagi yang ingin berbuka puasa di Buffet Ramadhan DKayangan Steamboat, harganya adalah RM44.90 seorang dan tempahan bermula pada 27 Mei 2017, dari jam 5 petang hingga 1 pagi. Selain steamboat dan grill, ada juga kambing panggang, roti john, kueh teow goreng dan spaghetti untuk dinikmati. Boleh hubungi 012-2971091 untuk tempahan.

Cabutan Bertuah Medshoe

Acara diteruskan dengan cabutan bertuah oleh Medshoe Malaysia, kasut kesihatan yang perlu dipakai oleh semua orang. Kasut yang memberikan keselesaan dengan mengikut bentuk tapak kaki. Pelbagai jenis kasut Medshoe untuk perempuan dan lelaki ini boleh di dapati secara talian di Denaisell Medshoe.

Kemudian atas permintaan ramai peminat-peminatnya, Adi Putra mendendangkan beberapa buah lagu seperti Si Udin Bertanya Lagi, Di Untukku dan Tiada Kasih Tiada Cinta.

Buat peminat-peminat Adi Putra, ini ada pesanan untuk anda.

Nantikan program seterusnya bersama Adi Putra.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2qryMso
via Denaihati.com