SESIAPA yang mengikuti perkembangan kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe, pasti perasan sudah tiada lagi wajah terbaharu bintang itu dikongsi di laman Instagram sama ada dari akaun miliknya mahupun teman sekelilingnya.
Sekiranya Jupe ada dalam gambar pun, pasti mereka akan menutupi wajah aktres popular itu dengan stiker atau sebagainya.
Malah, media Indonesia juga gagal mendapatkan wajah aktres yang sedang berjuang melawan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat itu, semenjak kesihatannya dilaporkan semakin menurun akhir-akhir ini.
Bertambah pelik, muncul dakwaan bahawa setiap kali Jupe dibawa keluar dari bilik wad, wajahnya juga akan ditutupi dengan kain hitam.
Ini Sebab Keluarga Selalu Tutup Wajah Julia Perez
Menjawab persoalan ramai, adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu, tindakan itu dibuat kerana keluarganya sepakat tidak lagi mendedahkan wajah Jupe.
“Sudah persetujuan keluarga. Kondisinya kan lagi seperti itu, jadi dia juga pernah kata kalau keadaannya kurang baik jangan didedahkan,” kata Nia seperti yang dipetik di portal Kompas!
Dalam pada itu, Nia memberitahu Jupe juga pernah meluahkan rasa sedih melihat keadaan dirinya tempoh hari.
“Pernah, suatu malam, dia bangun, dia sedih lihat keadaannya seperti itu. Dia fikir, seteruk itukah keadaannya. Jadi, kami tidak mahu, kalau dia bangun dia akan tengok lagi foto-foto dia seperti itu dan sedih. Makanya, kami mengambil tindakan sedemikian,” kata Nia lagi.
Selain Nia, ibu kepada Jupe iaitu Sri Wulansih juga menyatakan dia tidak rela sekiranya gambar anak sulungnya itu dalam keadaan kurang baik menjadi tontonan umum.
Terdahulu, media melaporkan tahap kesihatan Jupe semakin kritikal sehinggakan dia sudah mula tidak mengenali teman-teman sekelilingnya dan berhalusinasi.
Kisah Jupe yang kini menerima rawatan di hospital turut mendapat liputan yang meluas di Indonesia.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ripXhE
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2scxv5w
via MerahHatiCintaku.blogspot.com