Monday, 29 May 2017

50 Hari Kawin Dah Cerai.. Ingatkan Till Jannah, rupanya Until Jahanam.. Mertua Buat Saya Macam Pembantu. Suami Buat Saya Macam Hamba


Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.

Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.

Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.

Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.

Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.

Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.

“Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri,” kata saya pada suami.

“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar.

Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.

Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya ddan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).

Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.

Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).

Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.

Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.

Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.

Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.

Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.

Suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.

Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.

Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.

Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.

Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.

Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. – Lydia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qtU7NB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qym06k
via MerahHatiCintaku.blogspot.com