FOTO diambil daripada rakaman video yang viral di media sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas.
IPOH: Polis Perak akan menyiasat anggota trafik dipercayai menerima rasuah berdasarkan rakaman video, yang viral di media sosial sejak semalam.
Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.
"Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti (anggota polis) dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sjwp77
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rCqQVp
via MerahHatiCintaku.blogspot.com