Thursday, 25 May 2017

Dahi Perlu Dijahit, Kemaluan Berdarah Teruk Akibat Didera Ibu Kandung Dan Kekasih


Kes dera kanak-kanak bukanlah satu kes baru di Malaysia.Sejak dahulu lagi ada banyak kes dera di laporkan sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dan berlaku kematian.

Terkini seorang kanak-kanak perempuan telah mengalami pendarahan yang teruk pada kemaluannya dan dahinya juga perlu di jahit kerana di dera oleh ibu kandungnya sendiri bersama dengan teman lelaki ibunya.

Pendedahan tentang mangsa dera itu juga di dedahkan oleh pengguna facebook Dhia Syeeraz yang menyifatkan perbuatan itu sangat kejam. Mangsa di katakan mengalami kecederaan di dahi hingga perlu menerima jahitan dan hatinya juga di katakan terkena jangkitan kuman.

Bekas suami ibu mangsa (ayah kandung kanak-kanak malang itu) terkejut dengan melihat keadaan anaknya dan melaporkan hal itu kepada pihak polis namun kes ini di tolak.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ql0L8X
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2r1gr21
via MerahHatiCintaku.blogspot.com