Monday, 29 May 2017

Kes Bayi Maut Tercampak Dari Axia: Pemandu Kereta Proton Persona Ditahan Polis


29 Mei - Pemandu kereta jenis Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Axia yang menyebabkan seorang bayi berusia tiga bulan maut telah ditahan polis, lapor Berita Harian.

Bayi berkenaan maut selepas tercampak dari kereta keluarganya di KM 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, pemandu itu telah ditahan hari ini untuk memabntu siasatan.

"Pemandu terbabit selesai menjalani ujian saringan air kencing dan kita dapati keputusannya negatif. 

"Selepas ujian air kencing, kita juga ambil spesimen darahnya untuk pemeriksaan ujian dadah dan alkohol di Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Tambah Supramaniam lagi, pemandu kereta Axia dan isteri masih berada di Hospital Sungai Buloh.

Video kejadian viral di media sosial hari ini.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r4z5rt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2seh8EW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com