Wednesday, 13 December 2017

Berang Lengan Anak Berdarah Ketika Terima Suntikan, Ibu Serang Dan Tendang Perut Jururawat Hamil 6 Minggu


Seorang Pengarah Biro Pengurusan Perbandaran dipecat selepas isterinya bertindak menyerang jururawat yang cuba memberi rawatan kepada anak mereka, lapor Next Shark. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu di Hospital Rakyat Tongshan, Hubei, China, jururawat yang hanya dikenali sebagai Zhu, cuba memberi suntikan kepada kanak-kanak berusia empat tahun. 

Malangnya keadaan menjadi tidak terkawal apabila kanak-kanak berkenaan tidak duduk diam, lalu Zhu terpaksa memintanya berhenti bergerak agar dia dapat memberi suntikan itu dengan baik. 

Namun secara tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan ketika Zhu cuba mengeluarkan jarum itu, menyebabkan ibunya, Fang, 33, mula memarahi Zhu sebelum menolak dan menendang perut Zhu yang hamil enam minggu. 

Berdasarkan video yang viral di media sosial, si ibu berkenaan dilihat menarik rambut Zhu dan rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terus bertindak kasar.

Zhu kemudian terjatuh ke lantai dan menangis menahan kesakitan di perutnya. 


Akibat dari kejadian itu, Zhu mengalami pendarahan dan dihantar ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan berkemungkinan besar mengalami keguguran. 




Selepas kejadian itu, suami wanita berkenaan, Xu Lianglu, melawat mangsa di hospital dan mengakui isterinya panas baran dan Zhu yang bekerja sebagai kakitangan awam perlu bersabar dengan sikap isterinya. 

Fang juga mendakwa, Zhu cuai dalam melakukan kerjanya sehingga menyebabkan lengan anak lelakinya berdarah ketika mencabut jarum berkenaan. 

Ekoran kejadian itu, Kerajaan Daerah Tongshan telah memecat Xu dan isterinya telah ditahan polis dan didenda 500 yuan (RM308.50) serta ditahan selepas 12 hari. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2C8MceZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nXM9Qd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com