Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu perkara yang luar biasa.
Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi.
"Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya," katanya.
Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali.
"Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini." - Marwenddy Enddy
"Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya." - Cik Zah Azizah
Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya." - Jamlos Sanip
Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari pekerjaan.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jVgbzu
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AphrRB
via MerahHatiCintaku.blogspot.com