Friday, 1 December 2017

Tak Tahan! Banduan Liwat Rakan Dalam Penjara


Tindakan jijik seorang banduan meliwat rakan sepenjara terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, Che Muhammad Faris Che Abdul Roni, 21, dari Tumpat, Kelantan mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan sebagainya.


Untuk rekod, tertuduh melakukan perbuatan terbabit ketika menjalani hukuman penjara atas kesalahan samun dan dibebaskan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tertuduh ditahan semula selepas mangsa yang mengadu sakit dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

Doktor mendapati mangsa diliwat sebelum perkara terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa. Suspek kemudiannya ditahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa, 18, tanpa kerelaannya di sebuah bilik di Penjara Marang, Marang, jam 2 pagi pada Oktober lalu.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i6VLCj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ivsBAA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com