Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau sentiasa bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sementara memandangkan kepimpinan pembangkang bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat majlis presiden PH jumaat ini.
Perdana Menteri Malaysia kelima itu juga berkata beliau menerima cadangan PH untuk mencalonkan dirinya sebagai perdana menteri pembangkang sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun hadapan.
"Saya tak tahu. Jika rakyat benar-benar terdesak dan mereka tak jumpa calon lain, mungkin orang tua berusia 93 tahun ini boleh jadi perdana menteri sementara," katanya kepada pemberita.
Pada pemukiman PH awal bulan ini, parti-parti komponen kecuali PKR bersetuju untuk Dr. Mahathir sebagai perdana menteri sementara dan Presiden PKR DR Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya ia menang PRU14 nanti.
Pembangkang dijangka akan mengumumkan nama calon untuk perdana menteri Jumaat ini.
Walaupun Wan Azizah bersetuju, PKR bagaimanapun berbelah bagi berkaitan berkaitan pencalonan Dr, Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata proses pencalonan itu masih belum selesai, walaupun beberapa parti komponen pembangkang bersetuju menenrimanya sebagai perdana menteri sementara.
"Mereka belum calonkan saya lagi. Keputusan belum dibuat. Belum ada keputusan,"katanya.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z6nwEi
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BifxG7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com