Video seorang lelaki menjerit memarahi seorang wanita di atas pesawat AirAsia tular. Rakaman berdurasi 22 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan menengking wanita tersebut yang dilihat berusia lingkungan 30-an kerana duduk di kerusi bukan miliknya.
Berdasarkan posting di Facebook, tempat duduk sebenar wanita itu adalah di kerusi ‘standard’. Sebelum adegan itu, wanita terbabit dikatakan duduk, malah berbaring di kerusi itu yang terletak di barisan laluan kecemasan (hot seats) walaupun telah dilarang oleh kru penerbangan.
Penumpang yang memilih untuk duduk di ‘hot seats’ perlu membayar lebih berbanding duduk di kerusi ‘standard’ dan mereka akan mendapat beberapa kelebihan termasuklah ruang yang lebih besar.
Selepas dua tiga empat kali dilarang, akhirnya lelaki tersebut, yang dianggap ‘hero’ oleh netizen bangun dan memarahinya, menyuruh dia kembali ke kerusinya sendiri.
“Kalau kamu tidak mahu dijerit macam ni, berhenti dengan perangai buruk ini!. “Umur seperti ini dan kamu masih perangai macam ni! Kenapa kamu tak ada adab?
“Pekerja pesawat ini dah tiga kali bagitau kamu tidak boleh duduk di kerusi ni, dan kamu terus datang sini!” jerit lelaki itu. “Jadi kenapa?,” balas wanita itu selamba sebelum bangun ke kerusinya.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong dan posting itu telah dimuat naik pada Selasa. Setakat ini ia telah ditonton lebih satu juta kali.
Menurut status di Facebook Bruce Lam, beberapa kali kru pesawat memberitahu wanita itu bahawa kerusi itu tidak boleh diduduki sesuka hati kerana tidak adil kepada penumpang lain yang membayar lebih mahal daripada kerusi standard.
Jelasnya, kru terlalu berlembut dengan sikap wanita itu.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2E7NXJd
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2uFpviW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com