SHAH ALAM – Tindakan tidak berperikemanusian seorang suri rumah bergelar Datin yang mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga mangsa mengalami kecederaan dua tahun lalu akhirnya berbalas apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun ke atasnya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah memerintahkan hukuman itu selepas membenarkan permohonan semakan terhadap hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap Rozita Mohamad Ali, 44.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik selama lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas tertuduh pada 15 Mac lalu.
Abd. Majid ketika membuat keputusan turut menolak permohonan penggantungan hukuman berikutan tiada alasan istimewa yang membolehkan mahkamah berbuat demikian.
“Responden berumur 44 tahun dan dakwaan tekanan perasaan hanya berlaku selepas kejadian selain tiada sebarang keadaan yang membolehkan hukuman diringankan. - Kosmo
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Gkz9gl
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GENzqI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com