Sekilas pandang ia kelihatan seperti tenggiling, dua kali pandang ia sebenarnya adalah spesies haiwan aneh menyerupai naga yang dikenali sebagai cicak armadillo!
Haiwan yang unik dan jarang dilihat ini ditemui oleh seorang lelaki ketika cicak armadillo tersebut terperangkap di antara retakan dua batuan. Sewaktu ditemui, haiwan unik ini langsung tidak cuba melarikan diri dengan bersembunyi dan sebagainya.
Tetapi, ia akan menggigit ekornya sebelum menggulungkan badan menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri. Disebabkan itu, cicak armadillo turut diberikan gelaran lain iaitu ‘cicak gigit ekor’.
Penemuan tersebut membuatkan lelaki ini ingin tahu dengan lebih mendalam tentang haiwan tersebut.
Dikatakan spesies cicak armadillo ini berasal di kawasan batu pasir yang terletak di Afrika Selatan. Walaupun haiwan ini memiliki bentuk badan yang pelik, ianya seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Sisik yang terdapat pada badan cicak armadillo turut membuatkan orang sering tersalah anggap haiwan ini sebagai tenggiling.
Satu lagi fakta menarik mengenai spesies armadillo ini adalah ia tidak mengawan dengan terlalu kerap. Jadi, haiwan-haiwan ini boleh hidup sendirian tanpa adanya pasangan. Secara tak langsung, kadar pembiakan cicak armadillo juga agak perlahan, dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.
Di samping itu, ada juga segelintir manusia sanggup berhabis duit yang banyak semata-mata untuk mendapatkan haiwan luar biasa ini. Beberapa tahun kebelakangan, berlaku peningkatan aktiviti penjualan dan mengeksport cicak armadillo ini.
Kini, ia boleh didapati di seluruh dunia dan harga bagi seekor cicak armadillo pasti akan mengejutkan anda!
Walaupun haiwan ini kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah individu, ia sebenarnya boleh menukar tingkah lakunya setelah membiasakan diri dengan manusia.
Dalam erti kata lain, cicak armadillo yang telah biasa hidup bersama manusia tidak akan terlalu melindungi diri atau menggulungkan badannya untuk melarikan diri dan bersembunyi.
Namun begitu, bukankah lebih baik sekiranya kita membiarkan haiwan yang diancam kepupusan ini hidup bebas di habitatnya?
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media https://ift.tt/2uq7u7M
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pHIqDT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com