Saturday, 24 March 2018

Anak TPM, Nurul Dan Madunya Seronok Berkongsi Kasih...


PETALING JAYA: Kisah rumahtangga anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 39, sebagai isteri kedua bukan lagi rahsia.

Malahan kehidupan Nurul berpoligami dipaparkan secara terbuka di laman sosialnya hampir setiap hari termasuk menunjukkan gambar atau video hubungan mesra bersama isteri pertama, Datin Bahazanariah Baharudin, 48.

Walaupun wajah kedua-dua mereka sentiasa manis dengan senyuman dalam setiap gambar, timbul juga tanda tanya ‘dalam hati siapa yang tahu’ dalam kalangan netizen dan ada juga yang menganggap kemesraan itu sekadar 'lakonan'.

Bagaimanapun, Bahazanariah yang selama ini dikenali lebih gemar mendiamkan diri di media sosial telah membuat kejutan apabila memuatnaik posting berhubung perkara ini laman Instagramnya, pada Jumaat.


Posting madu Nurul di laman sosial Instagram.

“Sudah lama saya pendam untuk luahkan rasa hati dan berkongsi sedikit tentang perhubungan kami. Saya tidak menganggap Nurul sebagai madu tetapi lebih kepada seorang adik yang sentiasa mencetuskan gelak dan ketawa bila kami bersama. 

“Saya tak pernah ada adik perempuan dan saya anak sulung dari lima adik-beradik yang semuanya lelaki. Nurul, membawa dirinya sebagai adik dengan berhemah,” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, mereka berdua menjadikan hubungan bermadu sebagai satu ibadah yang menyeronokkan agar suami tenang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.

“Untuk orang luar sana, jangan jadikan saya manusia yang terpaksa jadi jahat. Itu bukan saya. Itu bukan Bahazanariah binti Baharudin. 

“Terpulang kepada orang untuk menganggap ini satu hubungan yang berpura-pura. Alhamdulillah kami bahagia. Semoga kami terus kuat dalam menghadapi segalanya demi suami dan anak-anak kami. Saya sayang Nurul dunia dan akhirat,” katanya sambil turut menyayangi suami, anak-anaknya dan anak-anak madunya.


Hubungan Nurul dan madunya seperti adik-beradik.

Sementara itu, Nurul ketika dihubungi mStar Online memberitahu, penjelasan madunya yang dipanggil Kak Nana itu dibuat selepas acapkali diasak pelbagai pihak mengenai sejauh mana kebenaran hubungan baik mereka berdua.

“Orang cakap kami berdua macam berlakon, ramai yang PM (mesej peribadi) dia tanya betul ke? Orang cuba nak melaga-lagakan kami sampai yang tanya, kenapa Nurul 24 jam dengan suami, bila masa pula (suami) dengan akak?

“Itu yang membuatkan dia untuk menjawab, kenapa orang lain hendak sibuk sedangkan dia sendiri okay. Ikutkan katanya, dia sebenarnya tak perlu jelaskan kepada orang mengenai kebahagiaan dia,” katanya pada Sabtu.

Beliau turut mengakui sering dilihat bersama suami kerana mereka juga adalah rakan niaga selain lebih ekspresif berkongsi hal keluarga, tetapi Nurul menegaskan suaminya masih menunaikan tanggungjawab kepada isteri pertama.

“Orang ingat saya yang ‘over’ jadi dia pun ambil pendekatan untuk beritahu orang ramai bahawa itu sebenarnya hakikat dia sayang sangat kat saya, dan dia tak nak orang ajar dia jadi jahat dan ganggu hubungan saya dan dia,” katanya. 


Nurul (kanan) bersama suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan isteri pertama. 

Dalam pada itu, Nurul bersyukur apabila Kak Nana tampil memperjelaskan apa sebenarnya berlaku antara mereka.

“Tapi kami tak boleh nak tutup mulut semua orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bila dia dah buat macam ni, kalau orang nak kata, katalah. Dia cakap ini kali saja, sebab dia bukan selebriti dan tidak nak disalah anggap mahu kejar glamor,” katanya.

Menyifatkan madunya seorang wanita yang baik dan berhati cekal, Nurul berkata, tiada yang tersirat berhubung permintaan wanita itu supaya jangan mempengaruhi pendiriannya ke arah negatif.

“Tiada tersirat mengenai dirinya tidak mahu menjadi wanita yang jahat kerana dia seorang yang baik. Dan... bila saya hidup berpoligami, bukan saya nak menggalakkan untuk berpoligami. Posting-posting saya bersama dia mahu menunjukkan bahawa walaupun tidak berpoligami, kita sebagai manusia perlu berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2G2xU5h
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pD9qUR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com