KEBENARAN di sebalik rangka berukuran enam inci yang pernah dianggap sebagai makhluk asing atau alien telah ditolak oleh saintis.
Dinamakan Ata, rangka itu yang ditemui pada tahun 2003 di Atacama, Chile, menjadi tajuk berita utama kerana tengkoraknya berbentuk aneh dan mempunyai 10 tulang rusuk.
Ata ditemui dalam sarung kulit di gereja yang ditinggalkan, mencetuskan kebingungan ramai penduduk setempat pada masa itu.
Ia kemudian dikaji oleh seorang kolektor dari Sepanyol yang mula membuat spekulasi ia adalah bentuk hidupan asing kerana tulangnya yang luar biasa.
Akhirnya, selepas lima tahun menjalani analisis teliti, saintis telah mendapat jawapan mengapa rangka itu mempunyai beberapa mutasi.
Ujian di Universiti Stanford, San Francisco dan University of California mendapati ia adalah rangka bayi yang meninggal dunia 40 tahun lalu.
Paparan skrin video di Youtube.
Dia dikatakan mempunyai beberapa keadaan genetik yang mengganggu pertumbuhannya, dikaitkan dengan orang kerdil dan gangguan tulang yang lain.
Rangka itu dianggap sebagai bayi pramatang atau seseorang yang meninggal selepas dilahirkan.
Garry Nolan, seorang profesor mikrobiologi dan imunologi di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, percaya penyelidikan mengenai Ata mungkin satu hari akan memberi manfaat kepada pesakit.
Dia boleh memberikan beberapa petunjuk untuk membantu manusia yang mengalami masalah pertumbuhan tulang atau orang yang mengalami patah tulang yang teruk.
Dia mula meneliti kesnya pada 2012 apabila seorang rakannya berkata dia mungkin telah menemui alien.
Bercakap kepada Guardian, dia berkata: "Dia sangat tidak sempurna kerana tidak dapat makan. Dalam keadaannya, dia akan berakhir di ICU neonatal, tetapi berdasarkan di mana spesimen itu ditemui, ia tidak seringkas yang difikirkan."
"Walaupun ia bermula sebagai cerita tentang alien dan mendapat liputan antarabangsa, ia benar-benar merupakan cerita tentang tragedi manusia," katanya. -TheGuardian
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media http://ift.tt/2ILvBRF
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pB1t2G
via MerahHatiCintaku.blogspot.com