Asssalammualaikum dan salam sejahtera.
Mengapa kita memilih jalan untuk bertaubat? Kerana ia jalan ke syurga. Sebab jalan ke neraka itu adalah dosa. Taubat secara sederhana melepaskan diri daripada dosa yang pernah dilakukan.
Taubat ertinya menyesal seperti menyakiti teman kita, lalu kita menyesal atas perbuatan itu. Itu termasuk taubat. Kerana itu orang yang dianggap bertaubat adalah bila mana dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatannya.
Baca : 5 Langkah Mudah Belajar Menyayangi Al-Quran
Rasulullah SAW menyatakan: “Penyesalan itu adalah taubat.”
– Hadits Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban.
Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.
Baca : Dosa dan buat dosa lagi selepas bertaubat, apakah syaitan sudah menang?
Bagaimanakah agar taubat kita diterima Allah SWT?
Menurut Imam Al-Nawawi, seorang ulama ahli hadis dan fiqh dalam kitab Riyadhus Salihin, ada tiga cara taubat kita diterima Allah SWT.
- Hendaklah kita menjauhi dosa atau maksiat dilakukan.
- Menyesal atas dosa yang kita lakukan.
- Berazam tidak mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan.
Contoh dosa kemanusiaan ialah seperti bila kita mencuri kasut orang, maka caranya selain bertaubat dengan tiga syarat berkenaan, kita juga mesti memulangkan kasut terbabit.
Baca : Pendakwah begitu ramai tapi yang bangun Solat Tahjud sangat sedikit
Jika kita tidak melakukan itu, maka seperti ingatan Rasulullah SAW bermaksud:
Orang yang meninggal, tapi masih punya tanggungan berupa hutang kepada orang lain, maka arwahnya akan menggantung di antara langit dan bumi sebelum dia membayarnya.”
– Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim
Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengampun, sehingga Dia tidak akan menutup pintu keampunan-Nya, seorang hamba mengalirkan air mata dan memohon belas kasih Rabb-Nya.
Dalam satu hadits lain dikatakan:
Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawanya masih belum sampai ke kerongkong,”
– Hadits Riwayat Ahmad
Begitu besar pengampunan Allah. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dari segala dosadosa kita. Taubatlah dengan taubat nasuha.
Baca ; Neraka Buat Manusia Yang Ingkar Perintah Allah
Wallahu’alam. Dah baca klik share
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/38byhDG
via Denaihati.com