Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Perkataan “kalau” atau “jika”. Perkataan yang masyhur digunakan di dalam kehidupan sehari-hari.
“Kalau lah aku tak pergi ke sana… pasti tak terjadi benda ni.”
“Kalau lah aku buat keputusan macam tu… pasti takda masalah sekarang.”
Nampak macam biasa saja, tapi sebenarnya ada yang tak kena dengan semua statement di atas. Perkataan ‘kalau’ lepas tu disambung dengan ‘pasti’. Sejauh mana kepastian kita bahawa yang disangkakan itu akan terjadi? Entah-entah yang terjadi lebih buruk.
Baca : Redha Dengan Ujian Yang Menimpa, Allah Cuci Dosa Kita
Yang satu lagi, perkataan ‘kalau’ lepas tu disambung dengan ‘mungkin’. Haa, dah tak pasti dengan apa yang akan terjadi, jadi tak perlu dilayan sangat perasaan ‘regretful’ atau menyesal tu. Itu sebenarnya di antara permainan syaitan.
Di sinilah nampak antara keindahan Islam sebenarnya. Kita diajarkan malah diwajibkan untuk beriman dengan qada dan qadar.
Saya tak cakap perkara ni senang nak buat. Tapi kalau kita bersangka baik dengan Allah, inshaAllah akan dimudahkan untuk menerima segala ketentuanNya.
Apabila timbul rasa kekesalan itu, cukup kita ambil pengajaran daripadanya dan bersangka baik dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.
Of course, dalam beriman dengan Qada dan Qadar, ada beberapa perkara juga kita kena ambil tahu. kita bukanlah perlu menyerah sahaja kepada Allah S.W.T tanpa berbuat apa-apa.
Baca : Allah Turunkan Ujian Dalam Pelbagai Bentuk Dan Waktu Yang Berbeza
Ada perkara yang dapat diubah dengan usaha kita seperti usaha untuk menjadi hamba yang beriman, dan ada juga perkara yang tidak dapat diubah seperti cedera, kematian, jantina dan lain-lain.”
Dan kita kena ingat, apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang, semuanya ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Jadi, kita perlu berfikir begini :
Apa yang sudah ditentukan untuk kita, inshaAllah itulah yang terbaik. Kita tak tahu, apa yang akan terjadi kalau kita dapat yang kita inginkan. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Jadi kita kurangkan kepeningan kita dengan mengganti pemikiran ‘apa yang akan jadi dengan segala macam kalau’, dengan kita terima apa yang ada di depan kita, buat yang terbaik dengannya, yang boleh menambahkan lagi saham kita untuk di akhirat nanti. Allah berfirman:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al Baqarah: 216)
Seterusnya, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah sudah tetapkan setiap orang dengan rezekinya dan ketentuannya. Tak perlu banding-banding dengan orang lain.
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah S.W.T berfirman,
Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”
Wallahu’alam. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share
Baca : Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang
kredit : As-Sakhiyyah
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/33Yl1BN
via Denaihati.com