Gara-gara keluhan seorang majikan bernama Aleeya Zailan di Instagram, usahawan Datin Vivy Yusof pula yang kena kecam teruk.
Nama Vivy terus menjadi trending nombor 1 di Twitter selepas membalas komen dari keluhan wanita ini.
Difahamkan Aleeya Zailan mengeluh bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini telah didedahkan oleh serang pengguna twitter @nyonyacyber.
Abis PKP ni aku rasa elok la org B40 @ M40 jgn support business T20 yg bongkak mcm ni.. hidup senang pun masih berdengki dgn org miskin pic.twitter.com/YLwLACQThr— n u r u l (@nyonyacyber) March 29, 2020
Keluhan ahli perniagaan ini mendapat reaksi dari Vivy dan meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang Aleeya nyatakan.
Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.
Tanpa diduga perbualan kedua-dua ahli perniagaan ini mendapat perhatian netizen sehingga pelbagai komen negatif dilemparkan kepada mereka berdua. Ramai yang mengecam Vivy sehingga mahu boikot produk kerana mempunyai mentaliti seperti itu.
Vivy mohon maaf secara terbuka
Menyedari akan isu ini disalah erti oleh netizen, Vivy telah memohon maaf secara terbuka menerusi Instagram peribadinya.
Semoga isu ini tidak di panjangkan kerana banyak hal lagi isu semasa perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia pada masa ini.
Sumber: https://murai.my/
from Sehinggit Media https://ift.tt/39pjQMY
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JkjSLk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com