Saturday 28 March 2020

KKM Tubuh Jawatankuasa Khas Audit Kematian COVID-19

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit COVID-19 di hospital. Penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah melalui keputusan mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan, CPRC, pada Jumaat.

KKM menerusi satu tweet berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Datuk Dr. Christopher Lee dan dibantu oleh pakar-pakar pelbagai bidang disiplin yang berkaitan.

Kredit Gambar: Malaysiakini

“Setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti oleh jawatankuasa ini.

“Hasil analisis maklumat ini harap dapat membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19 di negara kita,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam tweet tersebut.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3aBGliQ
via Denaihati.com