Friday, 27 March 2020

Langgar Perintah 'Lockdown', Polis India Pukul Orang Awam Sehingga Maut


Penularan wabak COVID-19 semakin mengganas dan beberapa negara di seluruh dunia termasuk India sudah pun mengarahkan 1.3 bilion rakyat menjalani perintah berkurung sepenuhnya selama 21 hari bagi memerangi penularan virus tersebut.

Tidak dinafikan, cara India agak “keras” dan tegas apabila menghukum rakyatnya yang masih berdegil keluar dari rumah dalam tempoh perintah tersebut dilaksanakan.


Terbaru, polis di India telah dituduh memukul seorang lelaki sehingga mati kerana melanggar perintah berkurung.


Mangsa, Lal Swami berusia 32 tahun yang duduk di daerah Howrah, Bengal, dipukul dengan tongkat polis  yang dikenali sebagai ‘lathis’ ketika dia meninggalkan rumahnya untuk membeli susu  pada Rabu lalu. Dia selepas itu disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Isteri mangsa menuduh pihak polis yang bertanggungjawab membunuh suaminya yang cedera teruk akibat dipukul. Namun, pihak polis telah menafikan tuduhan itu dan mereka memberi alasan bahawa lelaki tersebut meninggal dunia kerana sakit jantung.

Disebalik apa yang berlaku, beberapa rakaman mengenai “kekejaman” pihak polis India mula tersebar di media sosial. 

Rata-rata rakyat negara itu termasuk ahli politik dan pemilik perniagaan menyeru agar pihak polis berhenti bertindak ganas kepada orang awam. Berilah kelonggaran pada mereka untuk membeli barangan keperluan asas dan juga ubat-ubatan.

Sebelum ini, India mencatatkan bilangan kes COVID-19 yang rendah berbanding negara lain, namun menurut kerajaan, berlaku peningkatan mendadak dalam beberapa hari kebelakangan ini. Arahan perintah berkurung dikeluarkan empat jam sebelum ia dilaksanakan dan telah mencetuskan rasa panik rakyat negara tersebut.




Sumber Berita: India Today via https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3arLxG0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QSg9cd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com