Saturday, 28 March 2020

Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Pada Semua Yang Tak Senang Dengan Kerja Amal Jariahnya


PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew memuat naik satu perkongsian bagi menjelaskan tomahan daripada sesetengah orang ekoran gerak kerja amal yang dilakukan, khususnya bantuan yang diberikan ketika musim COVID-19 ini.

Menurutnya, beliau ada menerima mesej yang berkata amalan sedekah (sumbangan bantuan) yang dijalankan olehnya bersama team itu tidak ikhlas.

Malah menurut mesej itu lagi, kerja amal itu boleh jatuh hukum haram kerana dirakam dan ditunjuk-tunjuk (ke media sosial).

Lebih mengecewakan lagi, individu itu update status dan berkata bermacam-macam tentang dirinya.

“Saya tidak kisah pun. Tidak terasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ini. Saya tidak rasa sedih bila orang cakap-cakap.

“Tapi (bila) ustaz-ustaz, terasa juga sebab saya ini baru belajar Islam,” luahnya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew mahu bersemuka dengan pihak berkenaan satu masa nanti.

“Biasalah manusia ini berbeza pendapat.


“Tak mengapa, nanti habis COVID-19 ini saya jumpa mereka semua seorang demi seorang.

“Tunggu ya nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah,” tambahnya lagi.

Menyentuh soal keikhlasan dalam bersedekah, Ustaz Ebit Lew menerangkan bahawa sedekah itu terbahagi kepada dua cabang.

“Sedekah ada dua jenis, tersembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam Al-Quran dan juga hadis.

“Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya, itu sahaja. Kita semua harapkan redha Allah,” jelasnya lagi.

”Saya minta maaf pada pada semua saya banyak buat silap salah atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya ebit lew minta maaf pada semua. Saya salah. Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam ini dan negara ini lebih dari nyawa saya sendiri,” katanya.

Ustaz Ebit Lew amat aktif dalam menjalankan kerja-kerja kemanusiaan tanpa mengira jurang bangsa dan agama.

Jika lihat menerusi Facebooknya, saban hari ada sahaja bantuan demi bantuan yang disampaikan kepada pasukan petugas perubatan di hospital-hospital mahupun pihak berkuasa yang bertungkus-lumus bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha murninya itu mendapat perhatian dan penghargaan daripada orang ramai, termasuklah yang bukan beragama Islam.




Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz Ebit Lew dalam menjalankan gerak kerja dakwah dan kebajikannya.

Ustaz ialah hero yang diperlukan!


Sumber: Ebit Lew via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dACi8z
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QO6QKc
via MerahHatiCintaku.blogspot.com