Friday, 27 March 2020

Sering Hulur Bantuan Kepada "Frontliners", Ebit Lew "Dihujani" Kata Semangat Dari Orang Bukan Islam


Sememangnya dikenali sebagai seorang yang berhati mulia, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, tidak ketinggalan dalam menyumbangkan bantuan dan meringankan beban golongan barisan hadapan yang sedang berjuang membendung penularan Covid-19.

Kemurahan hatinya bukan sahaja mengagumkan umat Islam di negara ini, malahan golongan bukan Islam juga nyata memuji kebaikan yang dilakukan oleh beliau.

Menerusi kiriman terbaru di Facebook miliknya, Ustaz Ebit Lew nyata terharu dan bersemangat dengan himpunan komen positif dari golongan bukan Islam. Ikuti nukilan beliau.

Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah walau selangkah. Saya sangat sayang isteri dan anak-anak saya kerana Allah. Saya benar-benar faham kepentingan kuarantin dan duduk dirumah. Saya hari-hari ceramah pada orang lain dari awal lagi. Itulah sentiasa pesanan saya pada semua orang stay at home. Setiap malam tengok isteri dan anak-anak dari jauh tak bagi mereka cium saya. Sedih rasa. Kita semua sebenarnya sedang benar diuji. Ya Allah padaMu kami mengadu sedih dan susah kami. KepadaMu kami semua berserah.

Lepas tengok muka anak tengok email dan mesej setiap hari ada surat rasmi atau mesej dari hospital. Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka. Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain. Tengoklah berapa ramai Dr,Petugas Frontline,nurse,MA,polis dan semuanya sekarang positif covid 19. Kasihan mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu. Tapi kerana Allah mereka berjuang berkorban. Ya Allah selamatkan mereka semua. Itupun ada mulut sumbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih.


Begitu juga dari awal dah berapa orang kawan rapat saya kenal meninggal dalam covid ini. Semoga Allah beri pahala syahid buat mereka. Covid ini telah memisahkan kita secara zahir. Isteri tak dapat tengok suami dari mula sampai tanah kubur. Begitu juga ibubapa keluarga. Sedih. Ramai kawan saya di icu masih bergantung pernafasan. Cikgu-cikgu saya yang ajar saya masa kecil di kaurantin di hospital.

Setiap pagi saya melangkah keluar rumah rasa takut sangat. Saya kesana sini. Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga. Semua staf pejabat dan 3 restoren saya 30 orang semuanya cuti. Sebab saya sayang mereka. Saya nak suruh sesiapa hantar untuk kerja ini saya tak berani. Saya sayang mereka. Mereka cuti semuanya. Setakat ini bayar semua gaji mereka insyaAllah. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini. Semoga Allah lindung saya dari covid 19 ini.

Tapi bila ramai juga mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu update status dan kata saya di sana sini. Ramai juga kata saya pembawa covid 19. Saya memang tak pergi ijtimak baru ini. Saya tak kesah pun. Tak rasa apa-apa. Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Takper nanti habis covid ini saya ni jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu yer saya sayang semua kerana Allah.

Sedekah ada 2 jenis sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan Redha Allah.

Ramai juga alim dan dengan doa tuan puan saya rasa bersemangat. Tapi bila baca kata semangat begini dari orang bukan Islam. Kadang dakwah ini dengan kata-kata. Ada masa dengan akhlak. Media ini juga boleh jadi sumber dosa atau pahala. Duit atau terkenal itu bukan boleh bawa masuk kubur pun. Ada yang lebih besar dari semua itu ialah Redha Allah. Itulah segalanya.

Pohon doakan yer. Baru tempah 1 lori 10 tan untuk bantu lebih banyak tempat. Terima kaseh ramai juga kawan-kawan yang berkongsi rezeki. Terima kaseh semua. Semoga Allah terima semuanya-ebitlew


Sumber: Ebit Lew via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dunF6N
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UpMM39
via MerahHatiCintaku.blogspot.com