Tular di Twitter satu video yang memaparkan tentang seorang lelaki yang mengalami luka di wajah dan tangan akibat dijilat api dalam satu tragedi.
Menurut tweet yang dikongsi pengguna Twitter @_SJPeace_, lelaki India beragama Hindu itu bernama Premkant Baghel, dilaporkan mengalami kecederaan sebanyak 70 peratus di badannya kerana bertarung nyawa menyelamatkan enam jiran Muslim yang terperangkap dalam kebakaran baru-baru ini.
Dalam perkongsian yang sama, ada yang mendakwa mangsa hanya melecur sekitar 20-30 peratus sahaja.
Difahamkan, nahas kebakaran itu berpunca daripada rusuhan segelintir pihak terhadap masyarakat Muslim di sana.
Kata tweet itu,
“Dia sekarang sedang berjuang untuk dirinya sendiri (kerana cedera). Tolong doakan dia dalam doa kita.
“Dia adalah hero. Namanya Premkant Baghel. Ketahuilah namanya,”
Dalam rakaman video berdurasi satu minit 20 saat tersebut, Premkant diziarahi oleh sekumpulan individu yang melawat dan memberi sokongan kepadanya.
Menurut thread itu lagi,
“Perempuan itu berkata, ‘Inilah contoh yang anda lakukan untuk manusia dan keberanian anda tanpa batas. Semoga anda akan cepat sembuh. Dan bila anda melakukannya, kami akan menjaga anda kerana dunia amat perlukan insan seperti anda,”
Tweet yang dimuat naik oleh @_SJPeace_ pada 13 jam lalu itu mendapat respon sebanyak 36.5 ribu likes, 12.8 ribu retweet dan 359 komen manakala video tersebut turut mendapat 367.7 ribu view daripada pengguna Twitter di seluruh dunia.
This hindu man persisted through the flames burning 70% of his body to save six of his Muslim neighbors after Hindutva mobs set their house on fire...ðŸ˜❤— StanceGrounded (@_SJPeace_) March 2, 2020
He is fighting for his life right now. Please keep him in your prayers.
A HERO
His name is Premkant Baghel. KNOW HIS NAME pic.twitter.com/thqwlXefNl
Sumber: Twitter @_SJPeace_ via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Ihzajz
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38gNaok
via MerahHatiCintaku.blogspot.com