Saksi kelima inkuiri suhakam kehilangan pasangan suami isteri Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy, hari ini membuat pendedahan mengejutkan.
Saksi berkenaan, Selvakumar Peace John Harris berkata ada individu pernah meminta Joshua meninggalkan negara ini susulan aktiviti pembaptisan yang dilakukan paderi itu kepada beberapa pasangan Melayu beragama Islam pada tahun 2015.
“Individu tersebut telah hantar emel kepada Joshua memberitahunya tinggalkan negara. Dia ada telefon sebelum ini bertanyakan isu ini kepada saya.
“Saya percaya ini disebabkan pasangan Melayu yang Joshua lakukan aktiviti pembaptisan pada Januari tahun 2015 tahun lalu,” katanya semasa memberi keterangan kepada panel inkuiri di Ibu Pejabat Surahanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut berkenaan aktiviti pembaptisan yang dilakukan Joshua terhadap kedua pasangan Melayu –yang dinamakan sebagai Mirza dan Alim, Selvakumar menjelaskan bahawa beliau turut menjadi saksi kejadian tersebut.
“Pada Januari 2015, pasangan Melayu itu dikenali sebagai Mirza dan Alim, keduanya telah dibaptiskan oleh Joshua dan dibawa ke bilik mandi untuk “menyucikan diri” membaca mantera.
“Kemudian Joshua muat naik gambar pasangan itu di akaun Facebook dan ramai orang tahu berkenaan isu tersebut.
“Saya berada di situ bersama isteri dan anak-anak bagi menyaksikan kejadian itu,” katanya lagi.
Tambah Selvakumar, beliau juga berkata Joshua telah melakukan aktiviti pembaptisan terhadap seramai 10 pasangan Melayu sebelum ini.
Susulan pendedahan dilakukan Selvakumar, ramai panel inkuiri turut terkejut dan mula bertanyakan soalan.
Antaranya, Ketua Pesuruhjaya Suhakam Hishamuddin Yunus bertanyakan kepada Selvakumar adakah dia benar yakin Joshua melakukan pembaptisan kepada kesemua Melayu yang beragama Islam.
Selvakumar, turut berkata bahawa dia yakin bahawa kesemua pasangan Melayu itu adalah beragama Islam.
Untuk rekod, Ruth memang merupakan seorang penganut Kristian manakala suaminya, Joshua, memilih agama berkenaan selepas keluar daripada Islam. Pasangan itu berkahwin pada 2004.
Menurut keluarga Ruth, wanita terbabit datang ke Malaysia pada 2000 untuk bekerja sebagai tukang jahit dan ketika itulah dia bertemu Joshua.
Tidak banyak yang diketahui mengenai kehilangan pasangan tersebut, melainkan kali pertama mereka dilihat adalah pada 30 Nov 2016, dan dilaporkan hilang pada 6 Mac 2017.
Sumber : Malaysiakini
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2wphCz4
via Denaihati.com