Thursday 10 December 2020

Covid-19: Kes tertinggi di Malaysia hari ini sebanyak 2,234

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,112 kes sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 66,236 kes.

Setakat hari ini, negara sekali lagi merekodkan kes harian baharu paling tinggi iaitu sebanyak 2,234 kes positif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara bertambah kepada 78,499. Manakala kes kebolehjangkitan Covid-129 pula adalah 11,867 kes.

Daripada jumlah tersebut kes baharu tersebut, terdapat lima kes import manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanysk 2,229 kes.

Hari ini, Selangor masih lagi mencatat kes positif Covdi-19 tertinggi iaitu dengan jumlah 1,428 kes dan diikuti dengan Sabah sebanyak 274 serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes.

Sehingga hari ini, terdapat 124 kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala sebanyak 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 396 kes.

Kes positif mengikut negeri

Sumber: KKM

The post Covid-19: Kes tertinggi di Malaysia hari ini sebanyak 2,234 first appeared on Denaihati.



from Denaihati https://ift.tt/39ZzxOA
via Denaihati.com