Saturday, 12 December 2020

Dato Sri Siti Nurhaliza umum jantina anak kedua

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua” – Siti Nurhaliza

Perkongsian sebelum ini, penyanyi tersohor tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza memaklumkan di laman IGnya bahawa dia sudah hamil anak kedua 4 bulan.

Pengumuman itu sememangnya menggembirakan peminatnya di seluruh Malaysia selepas pasangan itu menyambut Siti Aafiyah dua tahun lalu.

Harini melalui platform Shopee, dalam pada mempromosikan produk kosmetik terbaru, Siti mendedahkan jantina anak kedua mereka yang kini menghampiri usia lima bulan. Sebanyak 93 peratus hasil undian para penonton di platform tersebut percaya bayi yang dikandung adalah lelaki manakala hanya 7 peratus meneka perempuan.

Jom ikuti perkongsian Tokti di laman IG beliau:

Alhamdulillah, moga sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. Allah kurnia sepasang yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti.

Setibanya masa dinanti, Tokti dan Dato’ Khalid kemudiannya memecahkan belon khas dan seterusnya mendedahkan bahawa anak kedua mereka adalah bayi lelaki sambil disambut meriah oleh para peminat di ruangan komen.

Siaran itu juga mendapat 529 ribu tanda suka daripada para penonton selama kira-kira satu jam siaran.

“Doakan yang terbaik, semoga dapat menceriakan lagi hidup, Siti terutamanya, dan Aafiyah,” ujar Dato’ Khalid ketika ditanya pengacara.

Siti turut berkongsi reaksi Aafiyah selepas menjelaskan dia bakal mendapat adik.

“Aafiyah ni bijak. Dia makin faham. Bila cakap “Ada adik, ada baby dalam perut ibu. Bila tanya mana baby, dia datang kat perut dan cium. Aafiyah ni memang suka kanak-kanak, tak kira yang lagi kecil atau lagi besar daripada dia,” katanya.

Ketika ditanya jika beliau menghadapi sebarang kerisauan menjalani kehamilan pada usia 40-an, beliau mengakui perkara tersebut.

“Saya ada kerisauan jugak. Tahun depan masuk 42. Jadi saya memang kena menjaga pemakanan, sentiasa tengok gula.

“Kalau masa hamil susah sikit nak bersenam, bayi saya pun bayi yang fragile, IVF. Jadi saya makan vitamin doktor bagi dan jangan manis sangat,” kongsinya.

Peminat-peminat Tokti tidak terlepas juga memberi ucapan dan doa:

Mira Filzah juga ambil peluang ucapkan syukur di atas kurniakan ini.

Sumber: SiakapKeli, Shopee live

The post Dato Sri Siti Nurhaliza umum jantina anak kedua first appeared on Denaihati.



from Denaihati https://ift.tt/2W8tShc
via Denaihati.com