Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Siapa yang tak kenal dengan sosok tubuh ini, seorang yang sangat dermawan, suka membantu orang susah bila-bila masa dan di mana jua. Pendakwah terkenal dengan sifat dermawannya, beliau ialah Ustaz Ebit Lew.
Baca: Biodata Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Bebas
Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew menziarahi seorang mangsa warga emas langgar lari di Johor Bahru yang terpaksa dipotong tangannya.
Selesai sahaja di Johor, Ustaz terus bergegas ke Pulau Pinang pada cuti umum, cuti krismas. Dikhabarkan ingin melawat keluarga kaum india di sana. Keluarga tersebut memang susah sebab tinggal berhimpit di dalam kereta selepas kejadian rumah terbakar menimpa mereka pada bulan 4.
Katanya, kes sayu bercampur sedih keluarga tersebut sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew ketika berada di Johor.
Jom ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman facebooknya.
“Cuti Umum Krismas dari Jb terus saya ke Penang.”
“Menangis sebak semalam masa di JB terbaca pasal Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta jer.”
“Sedihnya 8 bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja guard malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan 4.”
“Semua habis musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta jer.”
Akibat dihimpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.
Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang sempit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.
“Sampai jer tengok muka anak comel sangat. Ceria jer masa belikan kek makan dengan mereka.”
Sewakan rumah cantik dan selesa
Dalam masa yang sama, Ustaz Ebit Lew juga menyewakan sebuah rumah untuk keluarga tersebut supaya dapat tempat yang selesa. Malah dibayarkan sewa rumah tersebut buat seketika waktu.
“Saya sewakan rumah cantik selesa ada 3 bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT. Dah 2 kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus disitu pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.”
“Saya hadiahkan Peti Ais, Mesin basuh, TV, Rice Cooker,Dapur,Kipas, katil Queen 1, Katil Single 2, Barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka tadi.”
“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kaseh. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.”
“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL dah. Dah 4 hari di luar”
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Ustaz Ebit Lew. Dapat bantu orang lain dalam kesusahan. Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa yang telah beliau sumbangkan. Amin.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
The post Ustaz Ebit Lew bantu keluarga 5 beranak, carikan rumah dan bayarkan sewa untuk mereka first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3aHumDB
via Denaihati.com