Waktu subuh adalah waktu emas bagi kita. Di waktu itu terdapat banyak manfaat serta kebaikan yang boleh diperolehi. Umat islam juga amat digalakkan bangun sebelum waktu subuh untuk mengerjakan amalan seperti solat,zikir dan baca al-Quran. Fadilatnya sangat besar. Amalan bangun sebelum merupakan amalan yang dilakukan kebanyakkan orang-orang berjaya. Tak percaya? Jom ikuti perkongsian daripada saudara Afnan Rosli ini.
“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.
Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.
Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.
Kenapa?
Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.
Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.
No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.
Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.
Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:
MIND OVER MATTERS
Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.
Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.
MORE PRODUCTIVITY
Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.
Orang-orang Spartan ada satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”
Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.
STRENGTHEN WILL POWER
Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.
Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!
Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.
START WITH VICTORY
Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.
Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.
PEACEFUL
Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.
Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”
Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.
So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai hari ini!
Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!
“The body Achieves what the mind believes”
Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37TYB8j
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3hmp3KW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com