Rancangan televisyen wajib jika tibanya bulan Ramadan setiap tahun adalah Jejak Rasul yang biasanya menyajikan sirah-sirah berkaitan para nabi dan rasul serta agama Islam.
Lebih menarik lagi, ada sahaja topik baru yang disajikan terutamanya berkaitan tempat-tempat yang wujud elemen Islam di situ.
Jelajah beberapa masjid di Israel
Bagi Jejak Rasul 2020, pengacaranya iaitu Fedtri Yahya telah mula mengembara dengan krew produksi ke kawasan tebing Barat Palestin dan juga Israel bagi mendapatkan pengisian yang begitu istimewa.
Menerusi Twitter pengacara berkaliber itu, dia telah memuat naik beberapa fotonya berlatarbelakangkan masjid yang terdapat di Israel.
Ingatkan dekat sana semua Yahudi
Menjawab soalan daripada warganet yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai negara tak diiktiraf itu, Fedtri memjelaskan bahawa terdapat lebih kurang 2 juta penduduk Muslim di Israel.
Hal tersebut membuatkan masjid menjadi tarikan kepada pengunjung yang mungkin beragama Islam apabila datang ke sana.
Sehubungan dengan perkara tersebut, posting yang dibuat oleh pengacara itu telah dikongsi semula oleh ratusan warganet yang mungkin baru mengetahui mengenai info menarik itu.
Hal ini demikian kerana majoriti penduduk di Israel adalah beragama Yahudi dan jarang mendengar mengenai penduduk Muslim di sana.
Jadi, tidak silap lagi bahawa pengisian yang akan diberikan dalam Jejak Rasul pada tahun hadapan begitu menarik dan memberi lebih banyak pengetahuan dan maklumat baru mengenai negara-negara di Timur Tengah.
Sumber : Fedtri Yahya
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2rKpxVG
via Denaihati.com