Tuesday, 26 November 2019

Persiapan Usahawan Kelulut ketika musim Monsun

Kelulut merupakan salah satu mahkluk anugerah istimewa Allah S.W.T kepada kita, penghuni kawasan beriklim Tropika serta unjuran rantaian Khatulistiwa. Tidak seperti lebah madu (Apis spp.) kelulut tidak menjadikan kawasan beriklim empat musim sebagai habitat mereka. Istimewa anugerah ini kepada kita.

Ustaz Firdaus pakar lebah kelulut

Justeru itu kita perlu memastikan anugerah istimewa ini terjaga dan terpelihara. Musim hujan atau Monsun yang sudah mengetuk jendela Nusantara ini memerlukan perhatian istimewa terhadap kelulut. Biasa sekali kedengaran selepas Monsun berlalu, lebah kelulut tidak lagi aktif, lemah malah ada yang lari mengosongkan koloni.

Rancang, buat persiapan dan ambil tindakan :

  1. Lokasi kelulut perlu selamat dan tidak ada kemungkinan ditenggelami air.
  2. Koloni yang kelihatan lemah perlu bantuan. Tambah sel telur dari koloni yang super aktif untuk pastikan bilangan rakyat jelata kelulut tidak terjejas.
  3. Untuk memastikan kecukupan makanan, beri makanan/manisan tambahan – Insuran hayat kelulut.
  4. Tangguh dahulu menuai madu/roti lebah ketika musim ini. Biarkan stok madu/roti lebah cukup sebagai bekalan koloni kelulut.
  5. Tangguh aktiviti pecah koloni. Tunggu sehingga musim hujan berlalu dan sumber makanan asli tersedia.
  6. Musim hujan banyak gangguan yang menyebabkan tekanan kepada kelulut. Contoh semut banyak bersarang di antara tudung topping, rekahan log dll. Cegah dan rawat.

Di musim sebegini, koloni kelulut memerlukan pemantauan dan penyelenggaran yang lebih dari hari-hari biasa. Penyelenggaran sebegini perlu bagi memastikan kelulut siapsiaga dan terus berjasa apabila Monsoon berlalu.

Prof Madya Dr Shamsul pakar kelulut dari UMT

Ketika itu kelulut mula berterbangan riang. Segala bungaan mula mekar kembang. Dan kelulut sibuk mencari manisan serta menghasilkan madu kelulut yang berkhasiat serta nyaman.

Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2DmHpZe
via Denaihati.com