
Baru-baru ini, tular satu kes dimana seorang kanak-kanak berusia 5 tahun terpaksa dikejarkan kerana alami sesak nafas selepas tercekik biji anggur.
Walaupun buah anggur nampak kecil dan lembut, ia sudah cukup untuk menyekat salur pernafasan, khasnya kanak-kanak.
Mujur buah anggur yang tersekat pada kanak-kanak ini mempunyai ruang sempit, membolehkan beliau bernafas.
Memetik satu hantaran oleh Public Health Malaysia, buah anggur yang kecil dan lembut itu seharunya dipotong terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kanak-kanak.

Cara potongan buah anggur juga adalah perlu secara memanjang dan bersaiz kecil, bukannya secara mendatar seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan orang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memandang serius akan isu ini dan akan lebih berhati-hati ketika memotong makanan untuk anak-anak yang masih kecil.


Sumber: Public Health Malaysia via Era.je
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2XMkxvo
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XQr4oN
via MerahHatiCintaku.blogspot.com