Baru-baru ini tular beberapa keping foto memaparkan seorang lelaki memakai kostum filem aksi ‘Spiderman’ menolak kerusi roda seorang wanita yang merupakan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown telah mencuri tumpuan ramai.
‘Spiderman’ itu sebenarnya dikenali sebagai Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50 tahun dan manakala wanita berkerusi roda tersebut adalah isterinya, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.
Menurut Ahmad Shakirin, dia yang juga merupakan seorang pelukis jalanan kini menjadikan pekerjaan menjadi watak kostum adiwara sebagai pekerja sambilan hampir setahun disebabkan mahu mengumpul wang untuk kos perubatan isterinya.
Jadi ‘Spiderman’ demi isteri
Isterinya yang sebelum ini merupakan seorang tukang masak di restoran terkenal, terlantar sakit selepas terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar.
Penderitaannya tidak berhenti disitu, kaki kanan isterinya pula terpaksa dipotong kerana menghidap kecing manis dan hanya bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak.
Dapat juga hiburkan orang
Selain daripada mencari rezeki, Ahmad Shakirin sebenarnya suka dengan pekerjaan itu kerana dapat menghiburkan orang terutama kanak-kanak, memandangkan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu…”
Terima berape pun, asalkan ikhlas
Bercerita mengenai upah yang diterima, Ahmad Shakirin berkata dia pernah diberi 20 sen ketika diminta untuk bergambar. Namun, dia tidak kisah kerana apa yang penting adalah keikhlasan si pemberi.
Harapan lelaki ini adalah, apabila isterinya kembali sembuh dia bercadang untuk membuka kedai makan, memandangkan isterinya boleh memasak pelbagai jenis masakan.
Semoga encik Ahmad Shakirin dimurahkan rezeki dan isterinya dapat kembali sembuh, diharapkan apa yang diimpikan akan tercapai satu hari nanti.
Sumber : Harian Metro via https://ift.tt/2FBm52p
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2sqjmX4
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XRXZJU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com