Kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E, Ruhainies dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, perkongsian pelakon itu hangat diperkatakan apabil kekasihnya sanggup membawa sepinggan nasi di dalam kereta dan menyuapnya makan. Kali ini, Ruhainies meluahkan rasa ‘geram’ apabila kekasihnya membelikan buah anggur untuknya.
Apa yang menjadi perhatian anggur yang dibeli oleh kekasih Ruhainies itu bukanlah anggur biasa tetapi ianya anggur Jepun berharga RM148.
Menurut Ruhainies, meskipun harganya mahal tetapi rasanya seperti anggur harga RM10 yang dijual pasar raya.
Seperti sudah dijangka, perkongsian Ruhainies itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pelakon itu seolah mahu menunjuk-nunjuk kekayaan kekasihnya.
Dalam pada itu, ada yang menganggap Ruhainies seolah mahu meraih perhatian semata-mata. Tidak kurang juga ada yang menasihati pelakon itu agar tidak ‘menayang’ kekayaan kekasih bimbang kelak akan dirampas wanita lain.
Sumber: ROTIKAYA.COM
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KQYMFr
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pT5nIs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com