
Adakah anda dapat melihat ruang kecil terbentuk pada jari telunjuk anda yang dirapatkan? Jika tidak, besar kemungkinan anda menghidap kanser paru-paru.

Menurut laman Cancer Research UK, kaedah yang dikenali sebagai Schamroth Window Test ini digunakan bagi mengesan Finger Clubbing, Finger Clubbing terjadi pada 3 daripada 10 orang (35%) yang mengidap kanser paru-paru bukan sel kecil (non small cell lung cancer), tetapi 4 daripada 100 orang (4%) yang menghidap kanser paru-paru sel kecil (small cell lung cancer).

Finger Clubbing ini terjadi dalam tiga fasa iaitu:
1. Bahagian bawah kuku menjadi lembut dan kulit berdekatan kuku menjadi berkilat.
2. Kuku menjadi lebih melengkung jika dilihat daripada sisi, dikenali sebagai tanda Scarmouth.
3. Bucu jari membengkak.

Salah satu cara mudah bagi mengesan tanda awal kanser paru-paru adalah dengan menggunakan kaedah Schamroth Window Test , iaitu meletakkan dua jari telunjuk secara berdekatan dan melihat ruang kecil yang terbentuk pada jari. Dapatkan nasihat doktor dan pakar sekiranya anda mendapati tiada ruang terbentuk pada jari.
Sumber: Cancer Research UK via Era.je
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2R5UlKX
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DpHjjz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com