Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew.
Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Keluarga Sunnah adalah seminar sehari yang penuh berinspirasi bersama Ebit Lew yang direka untuk membantu ramai orang memperbaiki diri dan melakukan perubahan diri, keluarga dan seluruh kehidupan. Seminar itu sesuai untuk semua golongan berumur 18 tahun ke atas yang ingin memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Antara isi dalam program itu adalah :
- Mencari bahagia
- Tujuan dan maksud hidup
- Pergantungan hanya kepada-Nya
- Mengetahui cinta dan kasih dalam rumah Rasulullah
- Belajar menghidupkan sunnah dalam berkeluarga
- Komunikasi dan hubungan kemanusiaan
- Mencari kekuatan dan kelemahan diri
- Menyelesaikan masalah peserta dalam sesi soal jawab
Namun ada sesuatu yang menarik perhatian peserta dan juga warganet. Pengislaman saudari baru di program Keluarga Sunnah.
Ustaz Ebit Lew bertanyakan adakah sesiapa peserta yang bukan Islam hadir di situ. Muncul seorang wanita berumur 31 tahun dengan nama Liz dari Kuching, yang dari awal lagi khusyuk mendengar perkongsian Ustaz Ebit Lew.
Apabila Ustaz Ebit Lew bertanya, “Liz percaya tuhan tu satu, ALLAH?”
“Percaya,” kata Liz
“Nabi Muhammad itu Nabi?,” sambung Ustaz Ebit Lew
“Percaya,” jawab Liz
“Bila Liz dah percaya tu, sebenarnya Liz dah Islam,” kata Ustaz Ebit Lew
Kemudian Liz mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ebit Lew dan ribuan orang yang hadir di program Keluarga Sunnah itu.
Semua yang hadir memberikan tepukan gemuruh, melaungkan takbir dan kaum muslimah bersalam serta berpelukan menyambut saudari baru.
Perkongsian video tersebut di laman Facebook Ustaz Ebit Lew mendapat cukup banyak reaksi warganet dan juga peserta yang telah hadir. Lebih 53 ribu perkongsian, 7 ribu komen dan juga lebih 2.2 juta tontonan.
Ramai yang memberikan komen positif dan mengalirkan airmata tatkala Liz mengucapkan dua kalimah syahadah. Sokongan dan dorongan Liz untuk terus belajar perihal agama Islam dengan lebih dalam lagi.
Semoga segala usaha yang dilakukan dalam memperjuangkan Islam akan sentiasa terpelihara dan istiqomah dalam diri. Kepada Liz, selamat datang dan semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH hingga akhirnya.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2OpGOMw
via Denaihati.com