Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter, jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati, anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika kecil, berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.
Penelitian keatas 15,500 gadis remaja, berusia 13 dan 14 tahun sejak dari 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka, selalunya diletakkan standard tinggi dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan memiliki gaji besar ketika sudah dewasa.
Tambah lagi, anak yang didesak ini mempunyai kurang masalah sosial.
Ada Kelebihan Kuat Membebel Rupanya!
Antara kelebihan berleter yang kita perlu tahu adalah ia dapat mengurangkan tahap ‘naik darah’ ibu-ibu.
Dan ini amat bagus kepada penghidap darah tinggi secara psikologi kerana dengan selalu berleter mereka dapat melepaskan perasaan marah atau geram tanpa disimpan di dalam hati yang boleh menyebabkan pelbagai perkara negatif lain timbul dan berkemungkinan penyakit lain yang datang.
Sekaligus dapat mengurangkan tekanan atau stress yang dialami. Cuma, biasalah kadang-kadang kita tak larat mendengarnya.
Ibu akan berleter mesti bersebab seperti anak bergaduh, rumah bersepah, anak kerap buat kesalahan sama, tidak ikut cakap mereka , malas belajar dan macam-macam lagi perkara yang berlaku.
Jika difikirkan kembali ada betulnya leteran ibu itu kerana hanya satu niat asalnya untuk pastikan anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.
Jadi sebagai anak apa yang perlu dibuat? Ubah sedikit demi sedikit sikap kita. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan dan seterusnya leteran ibu pasti akan berkurang dengan perubahan yang anak-anak lakukan.
Anak-anak juga akan lebih bahagia jika tidak lagi mendengar leteran ibu, bukan?
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37H2BXM
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XVTUUT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com