Saturday, 23 November 2019

Aidil Mangsa Ditikam Rakan Sekerja Meninggal Dunia


Sebelum ini telah tular dimedia sosial apabila seorang lelaki parah ditikam oleh rakan sekerja yang juga ketuanya akibat sering lambat datang bekerja.

Amarah rakan sekerja

Perkara tersebut terjadi pada Rabu lalu ketika mangsa, Aidil Asran Omar, 24 datang ke tempat kerjanya di syarikat penghantaran barang di Balik Pulau.



Ditikam di tiga bahagian badan


Suspek dikatakan telah menikam mangsa di bahagian dagu, dada dan tangan kanan. Akhbar  sebelum ini memberitahu bahawa jari tangan kanan mangsa perlu dipotong berikutan parah dan tidak dapat diselamatkan, namun kira-kira pukul 11.15 pagi tadi, Aidil telah dilaporkan meninggal dunia.


Kritikal akibat kecederaan di usus

Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan oleh abangnya menerusi Facebook, Zae Nothern. Aidil dilaporkan masih kritikal sejak Rabu lalu walaupun sudah membuat pembedahan di bahagian ususnya dan kondisinya masih kekal sebegitu hingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Menerusi laporan berita dari Harian Metro Rabu lalu, suspek telah menikam mangsa disebabkan memendam amarah kepadanya dan beberapa orang lagi pekerja syarikat penghantaran barang berikutan kerap tiba lewat ditempat kerja.

Hal tersebut membuatkan suspek berang kerana kerap membuat kerja sendirian dan pada hari itu dia benar-benar hilang sabar hingga berlaku kejadian tersebut.

Sumber : Harian Metro, Zae Nothern via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33eRK3U
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DbKc7g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com