Seorang lelaki melalui satu episod hitam dalam hidupnya selepas dia cuba rompak sebuah rumah dekat New York. Menurut Insider, lelaki yang tak didedahkan identiti itu cuba memecah masuk rumah seorang nenek berusia 82 tahun.
Bunyi macam dia boleh berjaya buat rompakan kan? Tapi tidak sebab rupa-rupanya tanpa dia sangka nenek bernama Willie Murphy itu merupakan bekas ahli bina badan.
Menurut Willie, dia tengah bersiap-siap untuk masuk bilik dan tidur pada hari Khamis lepas sebelum tiba-tiba terdengar pintunya diketuk. Dia kemudian pergi menjenguk dan suspek berkata dia sakit dan minta Willie hubungi ambulan.
Atas dasar simpati, dia pergi ke arah telefon dan ketika sedang bercakap dengan operator Willie dikejutkan dengan hentaman kuat di pintu rumahnya. Rupa-rupanya suspek cuba memecahkan pintu dan selepas berjaya masuk dia pula yang terkejut dengan kekuatan Willie.
Bila nampak suspek dah masuk rumah, Willie terus angkat sebuah meja dan menghentam suspek hingga menyebabkan meja tu patah.
Saya berseorangan dan tua tapi saya masih kuat. Saya ambil meja itu dan menghentam dia.”
Tidak berhenti di situ, Willie kemudian capai botol syampu dan picit keluar semua cecair ke keseluruhan muka suspek yang dah cedera tu.
Bila dia dah berjaya halang penglihatan suspek, Willie terus ambil penyapu dan memukulnya bertubi-tubi. Pihak polis kemudian tiba di rumah Willie dan mendapati suspek sudah lemah selepas teruk dibelasah.
Dia kemudian dibawa ke hospital menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialaminya.
Cerita Willie menjadi inspirasi ramai dan ramai yang terkesima dengan kekuatannya dengan usia sebegitu. Mana tidaknya, meskipun sudah tua tapi Willie masih mampu mengangkat berat sehingga 102 kilogram!
Harap suspek terus insaf la…
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37Itsmc
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35Gowwj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com