Sunday, 3 November 2019

Akibat Terlalu Lama Membujang, Wanita Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi


Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis kerana memukul anak perempuannya berusia 30 tahun sehingga berdarah dan meninggalkan kesan lebam dengan menggunakan besi hanya kerana dia belum berkahwin sahaja.

Menurut Yangtse Evening News, Lin, 30, telah bertemu dengan pihak polis di restoran milik ibunya di wilayah Jiangsu, Changzhou. Terdapat kesan lebam dan pendarahan pada bahagian lengan, punggung dan kaki mangsa yang dilihat oleh pihak polis sewaktu bertemu dengan mangsa.

Wang, ibu kepada Lin diarahkan untuk kebalai polis untuk siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Saya yang memukul anak perempuan saya, bukan orang lain” kata Wang yang enggan memberikan kerjasama berhubung perkara diatas.

Menurut seorang pegawai polis yang berpindah dari Utara China ke Jiangsu berkata, Wang pernah memukul anaknya itu sebelum ini, namun dia tidak dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu.


Lin berkata ibunya sering memukulnya kerana dia belum berkahwin walaupun sudah berusia 30 tahun.

Wang berkata anak perempuannya itu tidak memberikan keuntungan dalam keluarganya kerana dia telah berhenti kerja dan bekerja di restoran miliknya sahaja.


Menurut polis, Lin telah membuat laporan polis dua kali pada bulan Ogos yang lalu, namun tiada tindakan yang dikenakan keatas Wang kerana luka yang dialami Lin tidak begitu serius. Mereka hanya diberi surat peringatan dan dikehendaki menandatangani surat perjanjian damai.

Menurut Jiangsu Television, Wang berkata konflik terakhirnya dengan Lin adalah kerana tidak membersihkan rumah. “Saya sangat marah dan ingin memukulnya,” kata Wang.

“Dia menjawab pukullah. Saya melihat terdapat satu besi di bahagian dapur rumah, jadi saya mengambil dan memukulnya, kemudian dia melarikan diri.” tambah Wang lagi.

Wang turut berkata sejak kebelakangan ini dia sering bertengkar dengan anak perempuannya itu setelah mengetahui ibu bapanya membeli rumah untuk abangnya. Dia merasakan ibu bapanya lebih sayangkan abangnya berbanding dirinya.

Sumber: linetoday via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JMcUiG
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2oIqWe1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com