Hebat tak hebat suami ini, sepanjang perkahwinannya selama 14 tahun dengan isteri, tak pernah sekali suami ini culas beri isteri gaji tepat pada masanya. Nafkah dalam bentuk gaji ini dibayar paling lewat pun 28hb setiap bulan.
Lihat apa yang dikongsikan puan Marliya Ramli akan amalan suaminya yang tak pernah gagal bayar nafkah isteri. Meskipun Puan Marliya sendiri masih bekerja makan gaji. Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri.
Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan. Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.
Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan. Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?
Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.
Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri. Biarpun isteri mampu menyara diri sendiri, tidak sekalipun ia menjadi alasan untuk si suami culas memberikan nafkah. Dan mungkin.
Amalan Inilah Punca Rezeki tak Putus
1. Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
2. Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
3. Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
4. Kerana amalan inilah… Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.
5. Kerana suami sedar, amalan memberi nafkah bukan lah pilihan. Namun kewajipan mengikut kemampuan.
Sumber: Marliya Ramli via pesonapengantin.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2rcecxl
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37qWzu9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com