Umum sedia maklum yang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan untuk pemberian bantuan tahun 2019.
Walau bagaimanapun, beberapa perkara dalam pemberian BSH akan dikaji semula seperti syarat kelayakan memohon bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja bakal menerima bantuan.
Jadi bagaimanakah cara membuat permohonan BSH 2020 dan cara kemaskini maklumat penerima secara online?
Anda sedang mencari maklumat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020? Di sini kami akan sediakan sebanyak mungkin maklumat yang anda inginkan.
Permohonan BSH 2020 boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi BSH.
Permohonan dan kemaskini BSH 2020 Secara Online
Segala permohonan dan juga semakan BSH serta kemaskini boleh dilakukan pada laman web seperti di bawah ini. Semakan keputusan juga boleh dibuat, bagi mengetahui anda layak ataupun tidak.
Klik MOHON BSH
* Tarikh RASMI Permohonan BSH 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan di Portal Rasmi BSH
Berapakan jumlah pembayaran BSH 2020?
Berikut adalah jumlah keseluruhan pembayaran:
RM1000 – Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001- RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001 – Rm4000
Tambahan RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun dan ke bawah. Ianya terhad kepada 4 orang. Kecuali bagi anak yang OKU, ianya tiada had umur.
Bagi BSH Bujang pula:
Pembayaran RM300 bagi golongan bujang berpendapatan kurang dari RM2,000.
OKU: RM300 bagi OKU berumur 18 tahun ke atas dengan pendapartan kurang dari RM2,000.
Bilakah Pembayaran BSH 2020 Akan dibuat?
Mula dibayar secara berperingkat pada tahun 2020.
Semua warga Malaysia bujang juga mengharapkan suapaya BSH bujang dilaksanakan kembali seperti pada zaman Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dahulu.
NOTA: Sekiranya pemohon mengemukakan MAKLUMAT PALSU, anda boleh disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH
MAKLUMAM TERKINI BSH
Berhati-hati dengan Penyamaran
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan.
Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.
LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37y8NkA
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ObjFNG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com