Friday, 1 November 2019

Derita Hilang Tempurung Kepala & Lumpuh Akibat Kemalangan, Isteri Rayu Bantuan Sara 3 Anak Kecil


IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib ibu yang perlu menggalas tugas berat menjaga tiga anak kecil.

Lebih menyedihkan, suaminya pula kini terlantar sakit.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Mohd Zaid Bin Mat Yusof berusia 33 tahun, apabila hidupnya berubah serta merta setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Katanya, ketika kejadian, suaminya sedang memasang papan tanda kedai di Tumpat sebelum dia tiba-tiba tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak di jentera forklift.

“Ketika kejadian, suami baru sahaja tiga bulan membuka perkhidmatan kimpalan dengan sepupu, malah banyak lagi barang yang dibeli belum digunakan lagi.



“Niat suami mahu tambah pendapatan keluarga tapi apa daya ini pula yang terjadi,” katanya.




Suhana berkata, dia yang tidak bekerja terpaksa mengharapkan ihsan saudara bagi menampung keperluan harian suami seperti lampin pakai buang, kapas, tisu dan susu mencecah lebih RM300 sebulan.

Katanya, dia juga turut risau memikirkan nasib tiga anaknya, Muhammad Zarif Ikhwan, 4; Muhammad Zaim Irsyad, 3; dan Muhammad Zafran Aiman, enam bulan.

“Buat masa ini, keluarga mentua dan ibu saya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh dan Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini bergilir-gilir bantu menjaga anak kami apabila saya perlu berulang-alik ke hospital,” katanya.


Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Suhana Abdullah. Semoga dengan doa dan sumbangan yang diberikan, dapatlah sedikit sebanyak meringan beban encik Mohd Zaid dan keluarganya.

Pada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Suhana Binti Abdullah

Akaun bank BSN :03103 41 00002961 6

Nombor telefon : 011-2526478

Sumber: Shamiemey Farahanis

from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JH1igS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36qhFIM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com