Monday, 4 November 2019

Makin Kacak Lepas Kurus, Guru Hargai Isteri Penat Masak Menu Diet


Baru-baru ini, seorang guru tular di serata media sosial gara-gara transformasi berat badan yang luar biasa setelah kehilangan sebanyak lebih 65 kilogram (kg) daripada 130kg dalam masa tiga tahun.

Guru tersebut Norazman Md Noh berkata, pelbagai insiden yang berlaku pada waktu dahulu sebelum dia mengambil keputusan bagi mengurangkan berat badan.

Menurut lelaki berusia 42 tahun itu, dia nekad mengubah gaya hidup sihat selepas diserang penyakit darah tinggi sewaktu bertugas di Sabah.


“Sewaktu dalam perjalanan menaiki ambulans ke hospital, terlintas di fikiran mengenai anak dan isteri. Ia menjadi turning point kepada saya.

“Bila berat badan berlebihan, banyak kekangannya. Susah cari baju, tak boleh beli yang dah siap, kena custome made. Nak buat baju korporat di sekolah, saya kena bayar lebih untuk tambah kain.


“Selain sukar nak duduk untuk solat, nak masuk tandas pun susah. Bila nak buang air, tangan tak sampai nak cuci. Pergi taman tema, tengok orang naik je, saya hanya boleh tengok dari jauh,” katanya.

Malah guru Pendidikan Islam itu juga berhadapan dengan peristiwa yang memalukan namun bersyukur fizikalnya tidak pernah dihina oleh orang sekeliling.


“Saya pernah tiga atau empat kali patah kerusi di kedai makan dan dewan makan asrama. Memalukan sebab berkali-kali jadi. Sampai tahap kena letak kerusi double untuk keselamatan,” ujarnya.

Berkongsi tentang transformasi itu, Norazman telah mencuba pelbagai produk, jus dan pil namun semuanya tidak berjaya.


Tetapi semuanya berubah setelah dia dibimbing oleh seorang guru lain yang pernah menurunkan berat badan melalui cara pemakanan dan senaman.

Dia juga menghargai usaha isterinya Khairulasma Shapiai yang merupakan tulang belakang sehingga hasratnya untuk kurus menjadi kenyataan.


“Pada mulanya isteri saya tak sokong. Dia takut saya beria sahaja, sebab tu dia malas layan. Tapi bila berlaku sedikit penurunan berat, dia nampak kesungguhan saya.

“Dia banyak tolong, kami masak hidangan sihat sama-sama. Saya sekarang ni tak adalah berat ideal, masih lagi perlu kurangkan berat. Ia usaha yang berterusan,” tambahnya.

5 Tips Nak Handsome Dengan Cara SIHAT

1. GUNA PINGGAN KECIL

Ubah cara makan anda dengan menggunakan pinggan yang kecil. Restoran sekarang sering gunakan pinggan besar. Talam pun ada ok!

Dari sudut psikologi, manusia akan memenuhkan pinggan mereka. Lagi besar pinggan, lagi banyak makanan yang diambil.

2. CARI KAWAN YANG SAMA MATLAMAT

Jika semua kawan-kawan anda "kaki makan", apa kata anda bergaul dengan kawan-kawan anda yang sama matlamat dengan anda (diet). Sekurang-kurangnya, anda dapat mengawal nafsu makan anda apabila keluar dengan mereka.

3. BELAJAR KALORI

Ilmu pengetahuan mengenai kalori itu penting. Saya sarankan agar anda mendapatkan banyak maklumat mengenai makanan dan minuman serta nilai kalori dalam meal plan anda.

4. KENA ADA GENG

Kalau anda masih belum bersenam, mulakanlah bersenam. Jalan kaki sahaja pun boleh. Tetapi ianya lebih seronok sekiranya anda mempunyai satu komuniti yang dapat saling memberikan sokongan dan melakukan perkara yang sama.

5. MASAK SENDIRI

Makan makanan yang dimasak dari rumah adalah lebih baik daripada makan makanan di kedai. Anda boleh mengawal kandungan minyak, gula dan garam. Lagi pun, kos pun lebih jimat. Ada duit lebih sedikit untuk menabung. Jadi, mulalah bawa bekal dari rumah.

SUKAR hanyalah mainan minda sahaja dan minda boleh di ubah dengan PEMIKIRAN YANG POSITIF.

Sumber: Norazman Md Noh via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33t0iVu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NISvMT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com